Sunday, 22 April 2012

Firman Allah SWT


'Sesungguhnya Allah tidak menganiayai seseorang
walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebaikan sebesar zarah, nescaya Allah
akan melipatgandakan dan memberikan dari sisiNya pahala yang besar'
Surah An-Nisa ' Ayat 40


video




PENGENALAN

Anak Angkat Yatim Syuhada' Palestin

Firman Allah Taa’la yang bermaksud : 
“Dan mereka (al-abrar-orang-orang yang berbuat kebaikan dan kebajikan
memberi makanan yang disukainya kepada orang miskinanak yatim dan 
orang yang ditawanHanya sesungguhnya (mereka berkatakami memberi 
makanan kepada kamu semua hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah, 
kami tidak mengharapkan balasan dari kamu dan tidak pula (ucapanterima kasih.
Surah al-Insan ayat 8-9.

Sabda Rasulallah s.a.w. :
 Daripada Abu Hurairah r.abahawa ada seorang lelaki mengadu kepada 
Nabi s.a.wtentang hatinya yang keras maka Nabi s.a.wbertanya kepadanya ; 
“ Adakah kamu mahu hati kamu menjadi lembut dan mencapai segala hajat
kamuHendaklah kamu mengasihi anak yatim dan mengusap kepalanya dan 
memberi makan kepadanya daripada makanan kamu (rezeki kamunescaya 
akan lembut hati kamu dan memperolehi hajat kamu
Hadith riwayat at-Tabrani


Atas dasar yang baik dan mulia ini maka MAPIM dengan kerjasama SALIMAH telah 

mengambil tanggungjawab untuk membantu dan membela anak - anak Yatim 
Palestin yang berada di Gaza khususnya anak-anak yatim para syuhada’ yang telah 
terkorban di Jalan Allah demi mempertahankan agama dan tanahair mereka.



Jadilah Ibu Bapa Angkat Anak Yatim Syuhada' Palestin

Terdapat ribuan anak yatim yang tidak  mendapat bantuan dari mana-mana pihak 

sekarang ini. Oleh itu, manjadi harapan SALIMAH MALAYSIA supaya ada mana-mana
pihak atau individu yang bermurah hati untuk menjadi ibu bapa angkat anak yatim
syuhada' ini.

Kasihanilah mereka.Lihatlah video yang dipaparkan dibawah ini.



video


Ramai ibubapa serta anak kecil yang terkorban dijalan ALLAH. Bantulah mereka, Jadilah ibubapa angkat bagi membiayai keperluan asas mereka untuk pendidikan, makanan dan tempat tinggal dengan kos RM150(USD 50) setiap bulan.

Mari bersama-sama kita berlumba-lumba mencapai kemuliaan yang dijanjikan Baginda S.A.W 
" Saya dan penjaga anak yatim (membesarkan anak yatim) dalam syurga seperti ini" (lalu Baginda
S.A.W mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengah dengan merenggangkan sedikit antara keduanya) Hadith Riwayat Al-Bukhari.

Kepada Sesiapa yang inginkan pahala berganda, Sila isi borang penyertaan Anak Angkat Yatim
Syuhada' Palestin yang disediakan.