Sunday 22 April 2012

Firman Allah SWT


'Sesungguhnya Allah tidak menganiayai seseorang
walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebaikan sebesar zarah, nescaya Allah
akan melipatgandakan dan memberikan dari sisiNya pahala yang besar'
Surah An-Nisa ' Ayat 40






PENGENALAN

Anak Angkat Yatim Syuhada' Palestin

Firman Allah Taa’la yang bermaksud : 
“Dan mereka (al-abrar-orang-orang yang berbuat kebaikan dan kebajikan
memberi makanan yang disukainya kepada orang miskinanak yatim dan 
orang yang ditawanHanya sesungguhnya (mereka berkatakami memberi 
makanan kepada kamu semua hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah, 
kami tidak mengharapkan balasan dari kamu dan tidak pula (ucapanterima kasih.
Surah al-Insan ayat 8-9.

Sabda Rasulallah s.a.w. :
 Daripada Abu Hurairah r.abahawa ada seorang lelaki mengadu kepada 
Nabi s.a.wtentang hatinya yang keras maka Nabi s.a.wbertanya kepadanya ; 
“ Adakah kamu mahu hati kamu menjadi lembut dan mencapai segala hajat
kamuHendaklah kamu mengasihi anak yatim dan mengusap kepalanya dan 
memberi makan kepadanya daripada makanan kamu (rezeki kamunescaya 
akan lembut hati kamu dan memperolehi hajat kamu
Hadith riwayat at-Tabrani


Atas dasar yang baik dan mulia ini maka MAPIM dengan kerjasama SALIMAH telah 

mengambil tanggungjawab untuk membantu dan membela anak - anak Yatim 
Palestin yang berada di Gaza khususnya anak-anak yatim para syuhada’ yang telah 
terkorban di Jalan Allah demi mempertahankan agama dan tanahair mereka.



Jadilah Ibu Bapa Angkat Anak Yatim Syuhada' Palestin

Terdapat ribuan anak yatim yang tidak  mendapat bantuan dari mana-mana pihak 

sekarang ini. Oleh itu, manjadi harapan SALIMAH MALAYSIA supaya ada mana-mana
pihak atau individu yang bermurah hati untuk menjadi ibu bapa angkat anak yatim
syuhada' ini.

Kasihanilah mereka.Lihatlah video yang dipaparkan dibawah ini.





Ramai ibubapa serta anak kecil yang terkorban dijalan ALLAH. Bantulah mereka, Jadilah ibubapa angkat bagi membiayai keperluan asas mereka untuk pendidikan, makanan dan tempat tinggal dengan kos RM150(USD 50) setiap bulan.

Mari bersama-sama kita berlumba-lumba mencapai kemuliaan yang dijanjikan Baginda S.A.W 
" Saya dan penjaga anak yatim (membesarkan anak yatim) dalam syurga seperti ini" (lalu Baginda
S.A.W mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengah dengan merenggangkan sedikit antara keduanya) Hadith Riwayat Al-Bukhari.

Kepada Sesiapa yang inginkan pahala berganda, Sila isi borang penyertaan Anak Angkat Yatim
Syuhada' Palestin yang disediakan.



5 comments:

  1. Assalamualaikum
    Saya seorang guru di Melaka, sudah beberapa kali mencari anak untuk dijaga tetapi masih belum berjaya. Buat masa ini saya mencari seorang anak lelaki / perempuan yang akan lahir dalam masa terdekat. Boleh hubungi saya di 0149824024
    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. As Salaam, tak dpt buka video-video di atas😓

    ReplyDelete
  3. As salam..jika ank2 tersebut di bawa ke Malaysia sy ingin mengambil mereka utk di jadikan ank angkat. Klu boleh bayi perempuan berusia bwh 2 tahun. Sy dlm pantang ttp bayi sy meninggal..Hubungi sy tini 013-2630375 jika ada. Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Saya tiada anak lagi saya nak sangat sangat puan

    Bantula saya....
    Telah lama niat saya...
    Kerana tak mampu menghalang kezaliman terhadap saudara seagama ini...
    Berila sy peluang menjaga anak anak syurga ini...

    ReplyDelete
  5. Saya tiada anak lagi saya nak sangat sangat puan

    Bantula saya....
    Telah lama niat saya...
    Kerana tak mampu menghalang kezaliman terhadap saudara seagama ini...
    Berila sy peluang menjaga anak anak syurga ini...

    ReplyDelete